Berita Utama

PAS sifatkan politik Malaysia seperti permainan bola sepak

Dakwa keberadaan dalam kerajaan beri impak pada agama, bangsa

 

KUALA TERENGGANU, 1 Rabiulakhir 1443H, Sabtu – Politik negara dilihat seperti permainan bola sepak yang perlu ada pecahan tugasan bagi memastikan sesebuah pasukan itu menang.

Meskipun PAS parti yang penting dan turut berada dalam kelompok ‘pasukan’, tetapi tidak berada dalam kelompok pengurusan di atas.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takuyuddin Hassan berkata, dalam sesebuah pasukan ada pengurus, ketua jurulatih dan juga pemain, tetapi ada satu lagi jawatan penting bagi melengkapkan permainan iaitu ‘kick manager’.

“Ini jawatan penting yang menyediakan pakaian, kasut dan bola sebelum pertandingan bermula, betapa pentingnya jawatan ini dan itulah tugas PAS,” katanya seperti dilapor portal tempatan, hari ini.

Beliau ketika berucap di Muktamar PAS Kali Ke-67 turut mengulas mengenai keberadaan PAS dalam pimpinan kerajaan hari ini yang memberi impak cukup berkesan kepada agama dan bangsa.

“Sepanjang berada dalam kerajaan, PAS telah berjaya mewujudkan kerajaan Melayu-Islam.

“Banyak isu yang berkaitan orang Melayu dan Islam kita pertahankan dan diharap akan dapat diteruskan, dalam tempoh tempoh 20 bulan juga kita dapat merasai keharmonian dengan menyantuni negeri-negeri yang terpinggir selama ini dan banyak perubahan dan sudah tentu pembangunan berskala besar,” katanya lagi.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button