Berita UtamaDunia

Gempa bumi: Suami terkorban, ibu rayu cari anak perempuan

Guler terperangkap 40 jam di bawah runtuhan

ISTANBUL,27 Rejab 1444H, Ahad – Seorang wanita yang kehilangan suami dan dua anak lelaki dalam kejadian gempa di selatan Turkiye kini mencari anak perempuannya.

Cigdem Guler yang mengalami kecederaan dalam gempa yang menggegarkan daerah Hatay kini ditempatkan di sebuah hospital di Istanbul.

Guler yang masih trauma dalam kejadian mengakui sedih selepas mengetahui suami dan dua anak lelakinya terkorban namun dalam masa sama mengakui risau dan tertanya-tanya nasib dengan keadaan anak perempuannya, Nevin.

Wanita berusia 37 tahun itu menjelaskan,ketika kejadian gempa bumi, anak perempuannya berada di Poliklinik Psikiatri di Hospital Antakya sejak 27 januari lalu.

Bagaimanapun sehingga kini tiada rekod menunjukkan anak perempuannya ditemui menerusi senarai mangsa-mangsa yang berjaya diselamatkan.

Mengimbas semula kejadian gempa yang berlaku, wanita itu memberitahu dia terperangkap di bawah runtuhan selama 40 jam sebelum berjaya diselamatkan.

“Saya sangat bersyukur kerana masih boleh bernafas lagi, tetapi hati saya hancur selepas mengetahui suami dan dua nak lelaki kesayangan terkorban.

“Namun kini saya berharap anak perempuan saya ditemui selamat, bantulah saya mencari kerana dia sahaja harapan saya,” katanya.

Sehingga kini lebih 41,642 penduduk terkorban dan lebih 108,000 yang cedera dalam tragedi gempa yang melanda selatan Turki pada 6 Februari lalu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button