Berita UtamaDunia

Iraq bayar hutang tertunggak dengan Iran sejak 2020

Dilunas dalam masa 2 hari untuk elak pengurangan kuantiti gas

TEHRAN, 16 Zulkaedah 1443H, Khamis – Kementerian Elektrik Iraq mengumumkan akan membayar hutang yang tertunggak dengan Iran sejak 2020 dalam tempoh terdekat.

Kementerian berkenaan dalam masa sama menghargai peranan kerajaan tersebut dalam menyokong hal itu.

Jurucakap Kementerian Elektrik, Ahmaed Mousa berkata, pihaknya berulang kali mengingatkan kerajaan dan orang ramai mengenai keperluan untuk membayar hutang gas Iran yang tidak dilunaskan sejak 2020 dan tertangguh berikutan kekurangan bajet.

“Hutang tersebut akan dibayar dalam masa dua hari untuk mengelakkan pengurangan dalam kuantiti gas yang mengalir, mengikut konteks yang diluluskan.

“Masalah hutang gas berterusan sejak kerajaan terdahulu dan berlarutan sehingga kerajaan hari ini,” katanya.

Mousa berkata, pihaknya cuba menyelesaikan masalah ini dengan membuat pinjaman bagi menyelesaikan tunggakan hutang.

Semalam, Parlimen Iraq meluluskan rang undang-undang ‘Sokongan Luar biasa untuk Keselamatan Makanan dan Pembangunan’ bagi menyelesaikan urusan berkenaan.

Walaupun bajet keseluruhan masih belum diluluskan sepenuhnya, namun kelulusan undang-undang itu akan membolehkan Iraq membayar hutangnya terutama dalam bidang tenaga elektrik dan keselamatan makanan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button