Berita UtamaUtama

Banjir: Enam sekolah di Kemaman ditutup

KUALA TERENGGANU, 16 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Enam buah sekolah di Kemaman terpaksa ditutup hari ini berikutan bencana banjir.

Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin berkata, hujan yang lebat berterusan sejak malam tadi menjejaskan enam sekolah terbabit.

Beliau berkata, maklumat terbaharu diterima pihaknya setakat jam 8 pagi ini, lima sekolah terpaksa ditutup berikutan laluan ke sekolah ditenggelami banjir, manakala satu sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mentok turut ditutup kerana dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS).

Keadaan itu menjejaskan persekolahan lebih 2,300 murid, 197 guru dan 31 Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP), lapor BH Online.

Selain itu, katanya, SK Pusat Kemaman merekodkan jumlah murid paling ramai terjejas iaitu 940 orang, termasuk 65 guru dan 12 AKP.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close