Berita Utama

Amaran hujan lebat di Pantai Timur sepanjang hari ini

BANGI, 16 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Keadaan cuaca buruk dijangka berterusan sepanjang hari ini membabitkan dua negeri di Pantai Timur.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan yang dikekuarkan pagi ini memaklumkan, keadaan hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang melanda beberapa daerah di Terengganu dan Pahang.

Keadaan itu dijangka menjejaskan daerah Kemaman, Terengganu dan Pekan, Kuantan, Rompin, Maran serta Bera di Pahang.

Menerusi kenyataan berasingan, satu amaran cuaca waspada turut dikeluarkan MetMalaysia membabitkan beberapa daerah di Terengganu, Pahang, Johor dan Negeri Sembilan.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close