Berita UtamaDuniaUtama

Arab Saudi naikkan harga petrol sehingga 126 peratus

DUBAI, 14 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Arab Saudi terpaksa mengumumkan kenaikan harga petrol di antara 80 hingga 126 peratus, meskipun ianya antara negara pengeluar minyak terbesar dunia.

Susulan pengumuman itu, minyak RON91 kini dijual pada harga 1.37 riyal (RM1.48) seliter, berbanding 0.75 riyal (RM0.81) sebelum ini.

Manakala, RON95 pula dijual pada harga 2.04 riyal (RM2.21) seliter, berbanding 0.90 riyal (RM0.98) sebelum ini.

Difahamkan, Arab Saudi berbuat demikian adalah untuk merangsang sumber pendapatan negara itu daripada hanya bergantung kepada minyak.

Terdahulu, Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammad bin Salman mengumumkan perancangan negara itu untuk memperluaskan ekonomi melalui visi 2030.

Visi itu akan menjadikan Arab Saudi sebagai negara yang tidak lagi bergantung kepada minyak sebagai sumber utama pendapatan negara. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close