Berita Utama

Mahfuz keluar PAS

BANGI, 12 Rabiulakhir 1439H, Ahad – Teka-teki pendirian Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar terjawab hari ini selepas mengumumkan keluar daripada PAS berkuatkuasa jam 12 malam ini.

Keputusan meninggalkan parti yang dianggotainya sejak 1984 itu diumumkan dalam satu sidang media di Royal Signature, Alor Setar sebentar tadi.

Memetik laporan Sinar Online, Mahfuz berkata, beliau masih belum memutuskan untuk menyertai mana-mana parti politik lain buat masa ini.

Sebaliknya Mahfuz berkata, beliau akan berkhidmat sebagai wakil rakyat Bebas sehingga satu pengumuman dibuat pada 2018 sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Kebelakangan ini, Mahfuz dilihat sering bersama dengan gabungan pembangkang Pakatan Harapan termasuk seteru PAS, parti rasis dan cauvinis DAP serta Parti Amanah Negara (PAN).

Penglibatan Mahfuz dalam kebanyakan sidang media dan program Pakatan Harapan mengundang tidak senang pimpinan PAS kerana dilihat cenderung menyokong gabungan itu.

Malah, Oktober lalu, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengesahkan bahawa Mahfuz tidak akan diketengahkan lagi sebagai calon mewakili parti itu pada PRU14.

Papar selanjutnya

Satu komen

  1. Lamanya duk dalam Pas…puluhan tahun. Kemudian kata “belum buat keputusan nak join parti mana”.
    Kenapa tak berjuang dari Umno dari zaman dulu lagi. Kalau tak… mungkin dah jadi menteri sekarang.

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close