Berita UtamaUtama

Terengganu mahu anjur ‘kursus penukaran’ LGBT

BANGI, 11 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Rancangan kerajaan negeri Terengganu mengadakan kursus terapi penukaran yang menyasarkan transgender, mencetuskan perbincangan di kalangan aktivis lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini.

Kursus itu akan diadakan beberapa hari bermula tahun depan selepas pihak berkuasa selesai menjalankan kajian terhadap populasi transgender, kata Ahli Exco Terengganu, Ghazali Taib.

Memaklumkan bahawa penyertaan dalam kursus itu adalah sukarela, beliau berkata, antara lain program berkenaan akan disertai pakar perubatan, psikologi dan agama, selain transgender yang telah kembali ke kehidupan normal.

“Transgender adalah sebahagian daripada komuniti. Mereka adalah tanggungjawab kami. Namun, pada akhirnya terpulang kepada mereka untuk membuat pilihan.

“Dasar kerajaan adalah tidak memaksa. Kami memberi mereka jalan untuk membuat pilihan terbaik bagi kehidupan mereka,” katanya hari ini.

Laporan Pemantau Hak Asasi Manusia 2017 mengatakan diskriminasi terhadap LGBT di malaysia adalah meluas, di mana wujud undang-undang mengenai liwat, di mana pesalah berdepan hukuman penjara dan sebat.

Bagaimanapun, rancangan itu dibantah oleh aktivis LGBT yang mendakwa kursus itu akan meluaskan jurang pengasingan masyarakat.

Malah, LGBT menuduh, tindakan itu adalah terapi untuk pembetulan yang melanggar hak asasi individu.

Secara tidak rasmi, Kementerian Kesihatan menganggarkan terdapat 24,000 transgender di Malaysia pada 2014. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close