Berita UtamaUtama

100 kartunis berhimpun di Muzium Negara nyata solidariti terhadap Baitulmaqdis

KUALA LUMPUR, 11 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Demi menyatakan sokongan terhadap program Solidariti Baitulmaqdis, seramai 100 kartunis dalam negara berhimpun di Muzium Negara, hari ini.
 
Pengarah Muzium Negara, Azmi Ismail, berkata program terbabit dijayakan sebagai manifestasi bantahan terhadap tindakan Amerika Syarikat (AS) mengisytihar kota suci itu sebagai ibu negara Israel.
 
Beliau berkata, pihaknya dengan kerjasama Rumah Kartun, bagi meningkatkan kesedaran mengenai isu berbangkit.

“Kartunis yang hadir hari ini menyuarakan bantahan masing-masing terhadap tindakan AS menerusi karya masing-masing yang dilakarkan pada dua kanvas yang disediakan Muzium Negara.
 
“Menerusi karya masing-masing, kita dapat melihat mereka tidak hanya berdiam diri, malah  membantah dengan melakar karya berbaur sinis mengenai isu ini,” katanya seperti dilapor BH Online.
 
Antara kartunis tanah air terkenal yang mengambil bahagian termasuk Jaafar Taib, Ayie, Micha dan Ujang.
 

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close