Berita UtamaUtama

Amaran ribut petir di beberapa negeri

BANGI, 8 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di perairan Perak, Terengganu, Pahang dan Sarawak.

Jabatan itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pagi ini memaklumkan keadaan cuaca buruk berkenaan dijangka berterusan sehingga lewat pagi hari ini.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (km/j) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.

Kawasan tumpuan bagi ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sekitar Perak adalah daerah Kerian, Larut, Matang dan Selama; Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Manjung, Perak Tengah, Muallim dan Batang Padang.

Di Pahang pula adalah daerah Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Pekan dan Kuantan.

Sementara itu, di Sarawak adalah di kawasan Miri, Bintulu, Rejang dan Mukah.

Manakala di Terengganu, daerah Dungun dan Kemaman juga mengalami ribut petir berserta angin kencang.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close