Berita UtamaDunia

Rakyat Turkiye sokong haramkan jual rumah kepada warga asing

Halang jurang politik negara, elak kebanjiran pembeli negara luar

ANKARA, 1 Ramadan 1444H, Khamis – Majoriti rakyat di negara Turkiye menyokong tindakan mengharamkan penjualan rumah kepada warga asing.

Pandangan itu menghalang jurang politik negara dan menggemakan tindak balas terhadap kebanjiran pembeli dari negara luar seperti Kanada hingga Portugal, lapor Bloomberg.

Menurut laporan itu, kira-kira 79 peratus rakyat Turkiye berpendapat, penjualan rumah kepada warga asing mesti diharamkan, menurut tinjauan Metropoll.

Pandangan itu dikongsi secara meluas merentasi spektrum politik, dengan lebih 77 peratus daripada mereka yang mengundi Parti AK yang memerintah pada 2018 menyuarakan sokongan mereka.

Tinjauan Metropoll dijalankan melalui temu bual telefon dengan 2,118 responden dari 28 wilayah Turki pada 23 Februari hingga 28 Februari. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button