Berita UtamaDuniaUtama

Ribut Tembin dijangka melanda Vietnam malam ini, lebih sejuta penduduk dipindahkan

HANOI, 6 Rabiulakhir 1439H, Isnin – Vietnam bersiap sedia memindahkan lebih sejuta penduduk yang tinggal di kawasan rendah sepanjang pesisiran pantai di selatan negara itu.

Ia susulan ribut Tropika Tembin yang dijangka melanda lewat malam ini.

Jawatankuasa Pencegahan Bencana Vietnam berkata, lebih 74,000 penduduk sudah dipindahkan ke kawasan selamat.

Dilaporkan hampir semua kawasan perkampungan di Anungan, Zamboanga di pulau Mindanao musnah selepas dirempuh kayu balak, batu dan lumpur yang dibawa arus deras.

Perdana Menteri, Nguyen Xuan Phuc dalam satu kenyataan turut mengarahkan pelantar minyak dan kapal meningkatkan tahap keselamatan serta berlindung di kawasan lebih selamat.

“Vietnam mesti memastikan keselamatan pelantar minyak dan kapal. Jika perlu, operasi pelantar minyak perlu dihentikan dan pekerja dipindahkan ke kawasan lebih selamat,” katanya.

Beliau berkata, 62,000 bot nelayan juga diminta supaya tidak turun ke laut sebagai langkah keselamatan.

Pada masa sama, semua sekolah di Ho Chi Minh City diarah menutup operasinya, sebagai langkah keselamatan. -Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close