DuniaPalestinUtama

Remaja Palestin cedera ditembak meninggal dunia, mangsa terbunuh meningkat 15 orang

GAZA, 5 Rabiulakhir 1439H, Ahad – Seorang remaja Palestin yang cedera ditembak ketika tunjuk perasaan membantah tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengisytiharkan Baitulmaqdis ibu negara Israel, meninggal dunia hari ini.

Mohammed Sami al-Dahdouh, ditembak ketika menyertai tunjuk perasaan di sempadan timur Semenanjung Gaza dan Israel 8 Disember lalu, kata Kementerian Kesihatan Palestin.

“Remaja itu meninggal dunia hari ini, akibat kecederaannya,” kata Jurucakap kementerian, Ashraf al-Qudra dalam satu kenyataan.

Kematian remaja itu menjadikan jumlah rakyat Palestin yang terbunuh dalam tunjuk perasaan di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat selepas Trump membuat perisytiharan pada 6 Disember lalu, kepada 15 orang.

Tunjuk perasaan berterusan di Baitulmaqdis Timur serta wilayah Palestin yang diduduki sejak lebih dua minggu lalu. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close