Berita UtamaUtama

Rakyat Malaysia ditangkap cuba seludup senjata api di Pakistan?

KARACHI, 4 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Seorang lelaki yang memiliki pasport Malaysia ditangkap Pasukan Keselamatan Lapangan Terbang (ASF) Pakistan kerana disyaki cuba menyeludup senjata api di Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah, hari ini.

Laman web Pakistantoday memetik sumber berkata, pegawai ASF menjalankan pemeriksaan bagasi ke atas penumpang ke Bangkok menggunakan pesawat peribadi di lapangan terbang itu.

Bagaimanapun, pegawai ASF menemukan senjata api dan peluru di bawah jagaannya, yang dikatakan turut disembunyikan dalam kasutnya. Dia kemudian ditangkap untuk siasatan lanjut.

Mengikut pasport Malaysia yang dirampas daripadanya, lelaki itu berasal dari Kuching, Sarawak, berusia 20 tahun.

Bagaimanapun, kesahihan pasport itu belum dipastikan.

 

BERITA LANJUT MENYUSUL

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close