Berita Utama

Amaran hujan lebat di empat negeri sehingga esok

BANGI, 4 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berserta angin kencang di empat negeri termasuk Wilayah Persekutuan Labuan.

Jabatan itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pagi ini memaklumkan keadaan cuaca buruk itu dijangka berterusan sehingga esok.

Keadaan cuaca buruk itu dijangka melanda dua negeri di Pantai Timur membabitkan Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin) serta Terengganu (Kemaman).

Di Sabah, hujan lebat dijangka melanda bahagian Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Sipitang, Tenom, Keningau dan Tambunan).

Ia turut menjejaskan Pantai Barat, Kudat dan Sandakan (Beluran). Keadaan sama turut menjejaskan bahagian Miri di Sarawak.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close