DuniaUtama

25 peratus kanak-kanak pelarian Rohingya kekurangan gizi: UNICEF

COX’S BAZAR, 4 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Satu perempat daripada pelarian kanak-kanak muslim Rohingya di bawah usia lima tahun menderita kekurangan gizi yang boleh mengancam nyawa.

Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) berkata, berdasarkan kajian kesihatan dan pemakanan yang dijalankan pada Oktober lalu menunjukkan 25 peratus pelarian kanak-kanak berdepan kekurangan zat makanan dan beberapa penyakit lain.

Jurucakap UNICEF, Chritophe Boulierac berkata, hampir separuh daripada pelarian kanak-kanak di Bangladesh menghidap anemia, sehingga 40 peratus mereka mengalami cirit-birit, dan 60 peratus lagi mengalami jangkitan pernafasan akut.

Ketua UNICEF Bangladesh, Edouard Beigbeder berkata, kebimbangan dan ketakutan terburuk agensi itu kini menjadi kenyataan.

“Kanak-kanak pelarian mengalami penderitaan yang tidak dapat dibayangkan. Mereka melarikan diri dari kediaman mereka dan kini menghidap krisis kesihatan,” katanya.

Setakat Ogos sehingga bulan ini, lebih 655,000 umat Islam Rohingya melarikan diri dari Myanmar, di mana separuh daripada mereka merupakan kanak-kanak.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close