DuniaUtama

81 rakyat Palestin cedera di Tebing Barat

GAZA, 3 Rabiulakhir 1439H, Jumaat – Sekurang-kurangnya 81 rakyat Palestin cedera ketika mengadakan tunjuk perasaan di wilayah yang dijajah di Tebing Barat dan Baitulmaqdis, semalam, kata Pertubuhan Palang Merah Palestin.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, pertubuhan itu berkata, tiga daripada penunjuk perasaan cedera ditembak dengan peluru hidup, manakala 23 lagi terkena tembakan peluru getah.

Sementara, 43 lagi penunjuk perasaan cedera akibat terhidu gas pemedih mata yang dilepaskan askar rejim Zionis, dan 12 lagi luka dan terbakar.

Saksi berkata, askar rejim Israel bertindak kasar terhadap penunjuk perasaan di pintu keluar masuk di Qalandia, dekat Ramallah; di Kampung Nabi Saleh; Bab Al-Zawiyeh; Halhoul di Hebron; Al-Naqqar di Tulkarm dan di pusat pemeriksaan tentera di Huwwara dekat Nablus.

Sejak 6 Disember lalu, apabila Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, rakyat Palestin mula bangkit mengadakan tunjuk perasaan setiap hari.

Dalam tempoh itu, kira-kira 3,400 penunjuk perasaan cedera. – Agensi

Papar selanjutnya

Satu komen

  1. Siasat juga kenapakah si boroi sengaja terlebih sumbat wang ke dalam perutnya, ada rifles tak suruh tembak, ada helmets dan bullet proof vests tak suruh pakai, cuma suruh baling batu sampai kena tembak.

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close