a
Terkini
20/01/2018, 3:21 pm

IMAMS: Nazri nafi batal sebab bukan Islam kendali program

BANGI, 29 Rabiulawal 1439H, Isnin – Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz mempertahankan pembatalan Sistem Pemantauan Pengendalian Pakej Umrah Malaysia (IMAMS) ada kaitan bukan Islam sebagai pengendalinya.

Katanya, walaupun sistem berkenaan dikendalikan oleh bukan Islam, utusan umrah tidak akan terancam.

Sebaliknya, beliau mendakwa pembatalan itu disebabkan pelaksanaan IMAMS ‘berbeza’ daripada apa yang beliau diberitahu dan apa yang beliau maklumkan kepada Kabinet.

“Tidak, tiada kaitan dengan hal itu (bukan Islam menjadi pegawai dalam syarikat pengendali IMAMS).

“Ia disebabkan berbeza daripada apa yang saya maklumkan kepada Kabinet. Yuran sepatutnya RM40, termasuk insurans dan proses. Jadi, saya membatalkannya.

“Tidak ada polisi terhadap bukan Islam (yang bertanggungjawab – pengendali IMAMS),” katanya. Beliau berkata demikian dalam jawapan menerusi mesej kepada The Star, semalam.

Sementara itu, di Yong Peng, Presiden parti anti-Islam – MCA, komponen Barisan Nasional diketuai UMNO – Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pembatalan IMAMS tidak sepatutnya menjadi isu perkauman.

Dia percaya Nazri membuat keputusan itu berdasarkan fakta daripada kementeriannya.

“Saya rasa Nazri tidak setuju dengan tuduhan itu dan fakta bahawa mereka mewajibkan orang ramai perlu melalui syarikat luar berkenaan,” katanya.

Apa yang diberitahu Nazri (yang dilantik menjadi Menteri Pelancongan dan Kebudayaan pada 16 Mei 2013) kepada The Star itu bertentangan dengan kenyataan dikeluarkan kementeriannya pada 15 Disember lalu yang menyatakan:

DALAM MELINDUNGI KEPENTINGAN DAN SENSITIVITI AGAMA ISLAM, SYARIKAT IMAMS TELAH DIARAHKAN SERTA-MERTA UNTUK MEMASTIKAN BAHAWA SEMUA KAKITANGAN SYARIKAT ADALAH BERAGAMA ISLAM.

Share With:
Rate This Article
Author

admin@ismaweb.net

Leave A Comment