DuniaUtama

Zionis roboh sekolah Palestin

BAITULMAQDIS, 26 Rabiulawal 1439H, Jumaat – Penguat kuasa pentadbiran awam rejim Zionis merobohkan sebuah sekolah di kawasan komuniti Bedouin di Abu Nawar, Baitulmaqdis Timur, semalam.

Jurucakap komuniti Bedouin, Abu Imad Jahalin memberitahu Quds Press sekumpulan penguat kuasa pentadbiran awam Israel diiringi askar rejim Zionis, menyerbu perkampungan mereka dan menyerahkan perintah perobohan sekolah itu.

Katanya, kebanyakan penduduk terkejut dengan tindakan itu, terutama selepas Mahkamah Tinggi Israel mengeluarkan perintah supaya sekolah itu tidak dirobohkan.

“Sekolah itu mempunyai dua bilik darjah dan 26 pelajar. Menyasarkan sekolah bukan tindakan baharu bagi pihak berkuasa rejim Israel,” katanya.

Abu Nawar adalah salah satu daripada 18 kawasan komuniti Bedouin Palestin yang mengikut rancangan Israel akan ditempatkan di kawasan khas dikenali Projek E1.

Rejim Zionis merancang menempatkan semula semua komuniti Palestin di kawasan Projek E1 dalam usaha untuk membina lebih banyak penempatan Yahudi di kawasan yang diduduki secara haram di Tebing Barat dan Baitulmaqdis. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close