Berita UtamaUtama

Malaysia akan hantar pasukan pengaman ke Palestin jika dipanggil PBB

KUALA LUMPUR, 25 Rabiulawal 1439H, Khamis – Malaysia akan menghantar pasukan pengaman ke Palestin jika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memerlukan pembabitan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Johari Baharum berkata, pembabitan Malaysia dalam beberapa misi pengaman di bawah panji-panji PBB bukanlah sesuatu yang baharu.

Katanya, Malaysia turut berbuat demikian seperti penghantaran Pengaman Malaysia (Malbatt 850-5) di Lubnan ketika ini di bawah panji-panji PBB.

“Memang kita (ATM) terlibat dalam misi-misi pengaman seperti ini, walau bagaimanapun sama ada diperlukan, kita bergantung dengan pihak PBB.  

“Kita tidak akan membuat sesuatu (misi pengaman) tanpa pengetahuan PBB,”  katanya seperti dilapor Sinar Online.

Beliau berkata demikian selepas majlis sambutan Hari Inovasi peringkat Kementerian Pertahanan 2017 di Wisma Pertahanan di sini hari ini.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close