Berita UtamaDunia

Sekolah Palestin dibina hasil kutipan derma diroboh rejim Israel

Gesa antarabangsa bersuara hentikan pencabulan ke atas penduduk Palestin

TEBING BARAT, 17 Syawal 1444H, Isnin – Rejim negara haram Israel merobohkan sebuah sekolah Palestin dengan alasan tidak mendapat permit bangunan, lapor agensi Anadolu.

Ketua Suruhanjaya Penjajahan dan Penentangan Tembok di Baitulmaqdis, Hassan Brijieh berkata, rejim Zionis bersama jentolak memasuki kawasan bandar Jibb Al-Deeb di Baitulmaqdis timur dan merobohkan sekolah yang dibiayai penderma.

Sekolah berkenaan yang terletak di Kawasan C di Tebing Barat berada di bawah kawalan tentera Israel dan pernah dirobohkan oleh tentera zionis pada 2017.

Bagaimanapun, sekolah berkenaan dibangunkan semula hasil pembiayaan penduduk luar dan menempatkan lima bilik darjah dan 66 pelajar antara darjah satu hingga empat.

Sementara itu, Menteri Pendidikan Palestin mengutuk perbuatan kejam dan menggesa masyarakat antarabangsa bersuara supaya pencabulan terhadap rakyat Palestin dihentikan.

Tentera negara haram sengaja menggunakan alasan ketiadaan permit pembinaan untuk merobohkan rumah milik penduduk Palestin terutama di kawasan C.

Namun di bawah Perjanjian Oslo 1995 antara Israel dan Pertubuhan pembebasan Palestin (PLO) Terbing Barat termasuk Baitulmaqdis dibahagikan kepada tiga bahagian 0 kawasan A, B dan C. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button