a
Terkini
12/12/2017, 11:46 pm

Ayuh boikot barangan AS, Israel

BERIKUTAN tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengisytiharkan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel, saya menyeru seluruh umat Islam di Malaysia agar memboikot barangan Amerika Syarikat dan Israel.

Usaha yang penting ini harus dilakukan sebagai tanda sokongan kita kepada rakyat Palestin yang semakin lama semakin dihimpit dengan konflik Israel-Palestin. Kita perlu bangkit dengan memboikot barangan Israel dan Amerika seperti jenama Colgate, Starbucks, McDonals, Adidas dan Apple. Sudah tiba masanya kita memberi sokongan yang penuh pada produk Muslim yang sedia ada di pasaran.

Walaupun ada segelintir barangan AS dan Israel yang mungkin sukar untuk kita elakkan daripada tidak menggunakannya seperti Google, Facebook dan Waze, namun kesedaran untuk menggunakannya demi manfaat Islam harus ada dalam setiap diri kita sebagai umat Islam jika kita cakna dengan situasi ummat hari ini.

Perkara ini tidak mustahil untuk dilaksanakan saya kira. Terbukti pada tahun 2014, mereka telah rugi berjuta-juta pound sterling akibat gerakan memboikot produk AS dan Israel yang dikenali sebagai BDS (Boycott, Divestment and Sanction Movement) yang dilakukan di Eropah.

Justeru, saya menyeru untuk kita bersepakat dalam hal Baitul Maqdis ini kerana sesungguhnya rakyat Palestin telah lama dizalimi dan menderita. Yang paling penting adalah kerana kita satu akidah, satu ummat dan satu jasad.

Jadikan tragedi ini sebagai satu seruan untuk kita bangkit berjihad demi Islam!

Dr. Norzila Baharin
Ketua Biro Komunikasi dan Media (BKOM) Isma

Share With:
Rate This Article
Author

admin@ismaweb.net

No Comments

Leave A Comment