Berita UtamaDunia

Indonesia catat 3,861 kes positif baharu

Jawa Timur catat jumlah kematian tertinggi

JAKARTA, 22 Muharram 1442H, Khamis – Indonesia mencatatkan 3,861 kes positif baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, iaitu jumlah harian tertinggi direkodkan sejak virus itu mula dikesan di republik berkenaan pada 2 Mac 2020.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini, jumlah kes positif keseluruhan kini meningkat kepada 207,203 manakala sebanyak 95,501 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.

“Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 120 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian kumulatif kini 8,456 orang.

“Provinsi Jakarta mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 50,671 kes, dengan tambahan 1,274 kes baharu,” menurut laman sesawang itu.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 2,688 orang, diikuti Jakarta (1,351), Jawa Tengah (1,124), Kalimantan Selatan (380), Sulawesi Selatan (374) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button