Berita Utama

Amaran hujan lebat di Pantai Timur, Johor sehingga Ahad

BANGI, 15 Rabiulawal 1439H, Isnin – Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan lebat di tiga negeri di Pantai Timur dan Johor.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan jabatan berkenaan sebentar tadi, keadaan cuaca buruk itu dijangka berterusan bermula Khamis sehingga Ahad ini.

Amaran itu membabitkan beberapa jajahan di Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh), termasuk Terengganu.

Keadaan itu juga turut menjejaskan beberapa daerah di Pahang iaitu Jerantut, Maran, Temerloh, Pekan dan Rompin.

Di Johor, hujan lebat juga dijangka melanda daerah Segamat, Mersing dan Kota Tinggi.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close