Mana pejuang kebebasan, kenapa tidak bersuara dalam isu tudung, soal Presiden Isma

BANGI, 25 Safar 1439H, Selasa – Sikap membisu pejuang hak asasi manusia dalam isu larangan bertudung ke atas pekerja meja hadapan hotel diselar oleh Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman.

“Mana pejuang kebebasan? Mana pergi pejuang hak asasi? Kenapa mereka tidak bersuara?,” soal Ustaz Abdullah dalam satu kenyataan hari ini.

Ustaz Abdullah berkata, golongan pejuang kebebasan sepatutnya tidak berdiam diri dalam mempertahankan hak asasi wanita Islam untuk pakai apa yang mereka suka.

Katanya lagi, hak kebebasan individu memilih pakaian sepatutnya dihormati termasuk bagi umat Islam.

“Apa hak hotel untuk mencampuri hak kebebasan individu seseorang? Tidakkah memilih pakaian adalah kebebasan yang perlu dihormati oleh majikan?

“Atau sebenarnya mereka pun sebenarnya tak suka apa yang namanya Islam?,” soalnya lagi.

Isu tudung ini menjadi hangat berikutan kenyataan Presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH) yang mempertahankan tindakan industri perhotelan negara melarang pekerja wanita beragama Islam bertudung bekerja di bahagian perkhidmatan pelanggan, sambil menegaskan ia sebahagian daripada polisi antarabangsa.

One thought on “Mana pejuang kebebasan, kenapa tidak bersuara dalam isu tudung, soal Presiden Isma

  1. Tak payah tanya pada pejuang Hak Asasi Manusia, kerana mereka tahu hak mereka saja Orang lain tiada Hak bagi mereka. Apa pun jangan lah kita bertariak dan bercakap bergegar gegar tapi habuk pun tiada, sebaliknya bertindaklah melalui tatacara yg. tertib yg. boleh mengajar mereka tentang kurang ajar, agar tidak ada lagi MEREKA YANG MELONGKOKKAN KEKAYAAN DI NEGARA INI TETAPI KURANG AJAR DAN BIADAP. Pihak yang berautority pula berbuatlah sesuatu, jangan sia siakan lantik Dwi Ustaz sebagai menteri bertanggung jawab pada kesumulan Islam duduk diam kerana takut tak dapat undi Orang Bukan Islam. Please………. TAKUT TAKUT KITA JADI DAYUS KERANA MEMBIARKAN AGAMA ISLAM DIPERKOTAK KATIKKAN. Apa kah kita tidak terasa getaran? apa bila seorang kafir laknat berani mengelar kita TALIBAN.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *