Lebih 300 terkorban gempa bumi di sempadan Iran-Iraq

SULAYMANIYAH (Iraq), 24 Safar 1439H, Isnin – Sekurang-kurangnya 328 orang maut dalam kejadian gempa bumi yang menggegarkan wilayah sempadan antara Iran dan Iraq, semalam.

Menurut Pertubuhan Pengurusan Bencana Kebangsaan Iran, 328 mangsa disahkan meninggal dunia pada tengah hari ini, dan turut menyebabkan 2,530 yang lain cedera.

Penyelidik Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa bumi bermagnitud 7.3 itu melanda 30 kilometer dari barat daya Halabja, berhampiran sempadan Iran.

Menurut USGS, gempa itu melanda sekitar jam 9.18 malam waktu tempatan dengan kedalaman 25km, yang turut dirasai selama 20 saat di Baghdad, dan tempoh lebih lama di wilayah lain di Iraq.

Pasukan penyelamat meluahkan kebimbangan kerana menjangkakan angka kematian terus meningkat.

Kerajaan Iran juga mengumumkan tiga hari berkabung di Kermanshah, berikutan jumlah korban tertinggi di wilayah itu. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *