43 orang awam terbunuh serangan udara di Aleppo

ALEPPO, 25 Safar 1439H, Selasa – Sekurang-kurangnya 43 orang awam terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam tiga serangan udara di pasar di al-Atarib, sebuah bandar di wilayah Aleppo, barat Syria.

Al Jazeera melaporkan, jumlah keseluruhan kematian dijangka meningkat kerana puluhan orang cedera atau masih hilang selepas serangan itu.

Pemantau Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di UK berkata, pihaknya belum pasti samada serangan di al-Atarib, dilakukan oleh Syria atau Rusia.

Serangan udara itu berlaku kurang dari dua minggu selepas rundingan damai di Astana di mana Rusia, Turki dan Iran mengumumkan rancangan untuk melaksanakan zon larangan penerbangan udara di lebih empat kawasan.

Zon yang dimaksudkan adalah wilayah Idlib, Homs, Latakia, Aleppo dan Hama.

Ia adalah kawasan di mana pejuang dan tentera kerajaan perlu menghentikan permusuhan, termasuk serangan udara selama enam bulan.

Lebih daripada 2.5 juta orang dipercayai tinggal di zon tersebut – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *