a
Terkini
12/12/2017, 11:45 pm

Palestin henti pertemuan dengan AS

RAMALLAH, 3 Rabiulawal 1439H, Rabu – Palestin telah membekukan semua pertemuan dengan Amerika Syarikat (AS) selepas pihak berkuasa menutup pejabat perwakilan mereka di Washington.

Menteri Luar Palestin, Riyad al-Maliki berkata, tiada kepentingan lagi untuk pihaknya mengadakan pertemuan dengan AS ketika negara itu menutup pejabat mereka di Washington.

Sebelum ini Jabatan Negara AS mengancam berbuat demikian kecuali sekiranya Palestin menyertai rundingan dengan rejim Tel Aviv.

“Secara praktikalnya dengan menutup pejabat itu, mereka membekukan semua mesyuarat dan kami jadikan ianya sebagai rasmi,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) mengesahkan bahawa Presiden Palestin, Mahmoud Abbas telah mengarahkan penutupan semua talian komunikasi dengan AS.

Katanya, Palestin tidak akan membuat sebarang bentuk komunikasi dengan AS, sekiranya pentadbiran Donald Trump meneruskan penutupan pejabat perwakilan negara itu di Washington. – Agensi

Share With:
Rate This Article
Author

admin@ismaweb.net

No Comments

Leave A Comment