a
Terkini
12/12/2017, 11:44 pm

Isma terima kunjungan hormat MDN

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 3 Rabiulawal 1438H, Rabu – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu Islam sederhana, menerima kunjungan hormat daripada Majlis Dakwah Negara (MDN), petang tadi.

Kunjungan MDN diketuai Pengerusinya, Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid, Haji ZaidKamaruddin, Dr Muhammad Razak Idris dan beberapa lagi pimpinan agensi itu.

Presiden Isma, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, kunjungan MDN hari ini lebih kepada perbincangan isu-isu berkaitan dengan hasrat semua pihak untuk melihat nasib umat Islam di negara ini terbela.

“Alhamdulillah dapat berkenalan dan mendengar penerangan tentang aspirasi, kegiatan yang telah dilaksanakan dan dirancang MDN. Isma sebagai organisasi Islam melihat segala usaha yang dilakukan mana-mana pihak adalah positif dan terbuka.

“Kita berterima kasih di atas kunjungan ini dan mengharapkan satu perkembangan atau pencapaian yang lebih baik pada masa akan datang, atas apa sahaja usaha yang dilakukan oleh mana-mana pihak, termasuklah daripada MDN.

“Secara amnya, perbincangan hari ini lebih kepada mengwar-warkan isu-isu berkaitan dengan hasrat semua pihak untuk melihat kesatuan ummah dan mahu melihat isu-isu yang melibatkan nasib umat Islam di negara ini terbela.

“Mereka juga menyatakan harapan untuk melihat gerakan Islam bersama dalam isu-isu penting yang melibatkan ummah,” katanya.

Mengulas pertemuan itu juga, Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi berkata, pihaknya berbesar hati kerana Isma sedia menerima kunjungan dari MDN.

Jelas beliau, MDN sudah lama berhasrat untuk bertemu dengan Isma, berikutan Isma adalah pertubuhan yang sangat sederhana, malah tidak jauh dasarnya dengan MDN.

“Oleh kerana dasarnya sama, cuma mungkin pendekatan berbeza, maka kepelbagaian ini yang menjadi kekuatan kepada perjuangan gerakan Islam dalam negara kita. Ini menjadi titik pertemuan dan itulah yang kita cari.

“Dalam pertemuan kita dengan Abim, Ikram, dan Isma serta pertubuhan ulama lain, saya sudah nampak di mana titik pertemuan itu, yang mana ia bukan satu titik pertemuan yang kecil tapi lebih besar.

“Maka, kita boleh menggunakan titik itu untuk mendapatkan impak yang lebih besar dalam perjuangan Islam di negara ini,” katanya.

Share With:
Rate This Article
Author

admin@ismaweb.net

No Comments

Leave A Comment