a
Terkini
12/12/2017, 11:46 pm

Pramugari dilarang bertudung juga perlu tampil buat aduan

KUALA LUMPUR, 28 Safar 1439H, Jumaat – Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) meminta pramugari beragama Islam tampil membuat aduan jika ada syarikat penerbangan di negara ini melakukan diskriminasi terhadap cara pemakaian mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif MTEM, Ahmad Yazid Othman berkata, jika ada diskriminasi terhadap keinginan pramugari untuk menutup aurat, ia perlu diketengahkan kepada pihak berwajib dan persatuan-persatuan supaya tindakan dapat diambil oleh pihak berkuasa.

Ini kerana, tegasnya, kualiti perkhidmatan bukanlah bergantung kepada dasar diskriminasi pemakaian.

“Tidak relevan pakaian menutup aurat dan tidak menutup aurat dalam memberi perkhidmatan yang terbaik.

“Kena buat aduan supaya boleh dijadikan isu kepada pihak yang lebih tinggi,” katanya yang dipetik daripada BNBBC.my.

Sehubungan itu, Yazid menegaskan keperluan kerajaan menggubal Akta Antidiskriminasi dalam sektor pekerjaan bagi memastikan majikan tidak mengambil pekerja mengikut kaum dan agama.

“Akta tersebut juga bagi mengekang pekerja bertudung didiskriminasi.

“Akta ini kira tak mahu mana-mana pihak mendiskriminasikan semata-mata amalan agama seseorang atau bangsa seseorang. Realitinya kita akan perhalusi isu halus seperti di bawah karpet yang perlu ditangani,” katanya.

Share With:
Rate This Article
Author

admin@ismaweb.net

No Comments

Leave A Comment