a
Terkini
12/12/2017, 11:48 pm

Najib ziarah Anwar di HKL

KUALA LUMPUR, 28 Safar 1439H, Jumaat – Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Hospital Kuala Lumpur petang tadi.

Kunjungan itu dimuat naik ke akaun Twitternya kira-kira sejam yang lalu dan telah diulang kicau sebanyak 1,876 kali.

“Saya melawat Anwar Ibrahim di Hospital Kuala Lumpur hari ini. Beliau baru selesai menjalani pembedahan beberapa hari yang lalu.

“Semoga beliau cepat pulih,” kata Najib.

Turut kelihatan dalam gambar dimuat naik ialah isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pada September lalu, kenderaan Jabatan Penjara yang membawa Anwar Ibrahim terlibat kemalangan jalan raya.

Kemalangan itu dilaporkan berlaku di persimpangan trafik berdekatan Saujana Utama, Sungai Buloh ketika dalam perjalanan dari Hospital Kuala Lumpur ke Penjara Sungai Buloh selepas diwadkan selama empat hari.

Anwar terpaksa menjalani pembedahan di bahu kanan berikutan kecederaan semakin teruk akibat kemalangan itu.

Share With:
Rate This Article
Author

admin@ismaweb.net

No Comments

Leave A Comment