a
Terkini
21/01/2018, 7:05 am

Hakikatnya mereka memandang hina ARAHAN ALLAH agar muslimah bertudung

ISU tudung dilarang bagi pekerja hotel wanita adalah salah satu bukti bahawa kuasa politik orang Melayu/Islam lemah ketika ini dan terpaksa tunduk pada “penawaran dan permintaan” pelbagai pihak walaupun golongan minoriti yang Perlembagaan tidak menyebelahi mereka dalam isu ini.

Dari bilik Parlimen, mahkamah dan pejabat Perdana Menteri, kuasa telah diagihkan kepada persatuan-persatuan peniaga dan gerakan sivil.

Pertembungan dibiarkan banyak penjuru, tiada mana-mana pihak memiliki “advantage”, walaupun disebelahi oleh Perlembagaan.

Pluralisme politik.

Apabila begitu keadaannya, masihkah berbaloi untuk umat Islam berperang dan khianat mengkhianati, dalam konteks politik kepartian?

Dan alangkah besarnya pengkhianatan parti serpihan dan NGO “back up”nya (harap terasa) yang bertungkus-lumus berusaha memenangi hati orang bukan Islam yang jelas-jelas tidak mahu Islam berdaulat di tanah pusaka ini.

Apabila ditanya, maka mereka jawab “politik suku, dakwah suku”. Itulah sekularisme.

Orang kafir jangan dihina dalam isu dobi, tapi wanita Islam silakan dihina terang-terangan dalam isu tudung ketika bekerja.

Hakikatnya mereka memandang hina ARAHAN ALLAH agar muslimah bertudung.

Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman

Share With:
Rate This Article
Author

admin@ismaweb.net

Comments
  • Mengapa “double standard”? Jika Isma menuntut pekerja Islam sektor swasta diberikan hak untuk bertudung, adakah Isma akan:-

    1. menuntut pekerja Islam sektor awam diberi pilihan untuk tidak bertudung;

    2. menuntut pekerja/pengunjung bukan Islam dibenarkan untuk memakai skirt / seluar pendek di bawah paras lutut di dalam bangunan kerajaan?

    22/11/2017
  • Apabila tiba masa pilihanraya media masa pemerintah akan menyiarkan filem2 dan lagu2 P.Ramlee masa zaman 1946.
    Pada zaman ini wanita Melayu bukan bertudung tetapi BERSELENDANG.Tanpa memakai tudung mereka kelihatan ayu dan menawan bersama baju kurung dan kebaya!Inilah budaya orang2 Melayu yang sebenar.Agamawan dan para ilmuan harus kembali kepada Al Quran dan mengkaji asal usul yang menimbulkan budaya Arab bertudung dan haram bersentuhan itu.
    Sila rujuk Surah Maryam~19:20[She said,”How can I have a son when no man has “TOUCHED” me ,I have never been unchaste”][Maryam bertanya(dengan cemas):”Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak lelaki,padahal aku tidak pernah DISENTUH oleh orang lelakipun ,dan aku pula bukan perempuan jahat”]
    Harus diingat Nabi Allah Maryam berbangsa Yahudi dan perkataan “TOUCH” ADALAH SEBENARNYA HEBREW dan bermakna “SEXUAL RELATIONS” ATAU “PERSETUBUHAN”.Apabila penulis Inggeris menulis Kitab Bible bertujuan menjaga adab mengunakkan “touch” juga supaya makna sebenar kekal tanpa menapakkan kekurangan sopan!
    Tetap “touch” didalam bahasa Inggeris bermakna “sentuh “atau “pegang”.Masa berlalu sekian lama apabila terjemahan dibuat didalam kitab berbahasa lain “SENTUH DISAMAKAN SEBAGAI PERSETUBUHAN ATAU PERZINAAN”.
    Seperti biasa SYAITAN and agen2 mengambil kesempatan mengelirukan ummah hingga sekarang!Adakah menyentuh wanita bertudung berpakaian rapi dan lengkap itu suatu persetubuhan yang digembar gembur didalam isu baju pramugari dan KPOP itu??
    DOSA BESAR ADALAH MEMPERSEKUTUKAN ALLAH DAN IMAM 2 MAZHAB MELAKUKANNYA SETIAP HARI DIDALAM AZAN DAN SALAT KERANA MELANGGAR PERINTAH ALLAH DIDALAM Q72:18,18:110,39:45,20:14;63:1-3;39:65;4:79;4:116dll DALAM AL QURAN!

    23/11/2017

Leave A Comment