Oktoberfest di Pulau Pinang: Haram undi pemimpin lawan hukum Allah

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 26 Muharram 1439H, Isnin – “Mereka berbangga dengan maksiat yang dilakukan, mereka pasti meraung di akhirat nanti.”

Demikian sindiran tegas penceramah terkenal, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani kepada pemimpin dan rakyat Pulau Pinang yang merelakan pesta Jerman, Oktoberfest diadakan di negeri itu.

Menerusi status Facebooknya, beliau mahu rakyat menolak pemimpin yang melanggar hukum Allah.

“Saya tegaskan kepada seluruh rakyat Malaysia, haram hukumnya kalian mengundi dan mengangkat pemimpin yang melawan hukum Allah.

“Inilah bapak kepada segala jenis kleptorasi yg mereka laungkan,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas penganjuran Oktoberfest ke-45 di Pulau Pinang oleh Persatuan Jerman Malaysia.

Meskipun mendapat bantahan seperti di Kuala Lumpur dan Selangor sebelum ini, Ketua Menteri Lim Guan Eng sendiri merelakan penganjuran Oktoberfest di Pulau Pinang.

“Pulau Pinang tidak berminat melarangnya, atau mengganggu kebebasan rakyat Malaysia. Kami bukan negara Taliban,” kata pemimpin parti rasis dan cauvinis DAP itu.

Ustaz Dusuki berkata, mereka terlalu berbangga dengan maksiat yang dilakukan.

“Inilah hasil kepimpinan yang menjadi acuan kepada rakyatnya,” katanya.

2 thoughts on “Oktoberfest di Pulau Pinang: Haram undi pemimpin lawan hukum Allah

  1. ” Anak Kecil Main Api, Terbakar Hatinya Yang Sepi, Air Mata Darah Bercampur Keringat, Bumi Dipijak Milik Orang ” – Maka insaflah wahai saudara seIslam ku.

  2. re: Saya tegaskan kepada seluruh rakyat Malaysia, haram hukumnya kalian mengundi dan mengangkat pemimpin yang melawan hukum Allah.

    Seluruh rakyat Malaysia?

    Mengapa rakyat Msia yang bukan beragama Islam diharamkan mengundi pemimpin yang melawan hukum Allah?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *