Oktoberfest: DAP makin kurang ajar hina Islam

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI,  27 Muharram 1439H, Selasa – Parti rasis dan cavinis DAP semakin menunjukkan sikap kurang ajar, angkuh dan celupar apabila berterusan memperlekeh Islam.

Terbaharu, Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng menyindir kononnya Pulau Pinang bukan negeri pelampau Taliban seperti negeri yang menghalang penganjuran pesta Jerman, Oktoberfest.

“Pelampau mungkin berjaya mengharamkan Oktoberfest di Selangor dan Kuala Lumpur, tetapi mereka tidak akan berjaya di Pulau Pinang.

“Pulau Pinang tidak berminat melarangnya, atau mengganggu kebebasan rakyat Malaysia. Kami bukan negara Taliban,” kata Guan Eng.

Menyelar kenyataan itu, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, ungkapan pemimpin DAP nampak sangat memperlekeh Islam.

“Sewajarnya dia memilih untuk berdiam diri sahaja berhubung penganjuran Oktoberfest di negeri itu. 

“Tetapi Guan Eng melontarkan ulasan sinikal yang bukan sahaja menzahirkan kesombongannya, tetapi bagaikan mencabar Islam dengan bidasan dan perkataan digunakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, besar kepala yang ditunjukkan DAP semakin ketara apabila seorang lagi pemimpinnya, Hew Kuan Yau memaki Islam dengan carutan “Sohai”. 

“Keberanian DAP berperangai jelek membuktikan parti itu langsung tidak mengenal hormat dan sensitiviti yang tidak sewajarnya disentuh.

“Sikap anti Islam tersebut bukan baharu walaupun sering dinafi atau dilakonkan watak mesra Islam.

“Saya percaya, dari semua yang pernah dizahirkan parti itu, mereka akan terus mempermain dan merendah-rendahkan Islam,” katanya lagi.

Mengulas lanjut Ustaz Hishamuddin berkata, penghinaan yang dilakukan pemimpin DAP ini sangat merbahaya kepada keharmonian negara.

Sehubungan itu, beliau menggesa siasatan dijalankan ke atas kedua-dua individu berkenaan. 

“Seterusnya DAP perlu mengemukakan permohonan maaf rasmi,” katanya.

One thought on “Oktoberfest: DAP makin kurang ajar hina Islam

  1. Jangan siasat, nanti orang cina tak undi Melayu Islam, Sebab cina lah penentu kemenangan Calun Melayu Islam. Biar Melayu Islam dihina oleh Lim Guan Eng the Syaitan, janji Melayu dapat undi. ISLAM TETAP AGAMA YANG MAHAMULIA DAN SUCI, KERANA ALLAH TETAP MENJAGANYA WALAUPUN MELAYU HILANG DIDUNIA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *