Netizen kecam sistem IMAMS, anggap lintah darat

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 30 Muharram 1439H, Jumaat – ‘Senang-senang sahaja nak buat duit’. Demikian respon kebanyakan pengguna laman sosial di Facebook Ismaweb.net, yang tidak berpuas hati terhadap satu sistem baharu yang mengenakan caj cukai barangan dan perkhidmatan (GST) terhadap jemaah yang mahu mengerjakan ibadah umrah.

Rata-rata netizen yang juga pembaca Ismaweb.net menyatakan kekesalan dan rasa kecewa mereka terhadap sistem Integrated Manasik Monitoring System atau Sistem Pemantauan Pengendalian Pakej Umrah Malaysia (IMAMS), yang disifatkan sebagai ‘lintah darat’.

“Bijak betul mereka ambil untung atas angin. Tak haram ke?,” tulis Ariffin Osman.

“Ini adalah sistem mencari duit dengan cara mudah,” kata Bob Atak.

Sementara itu, Ahmad Al Segari mempersoalkan kewajaran pelaksanaan sistem berkenaan, dan menggesa pihak berkuasa agama untuk bersuara berhubung isu itu.

“Patut ke? Janganlah cari untung berlebihan. Majlis Fatwa Kebangsaan perlu keluarkan fatwa dalam bab ini supaya semuanya jelas,” tulis Hj Abdul Rahman Abdul.

Fariz Che Aziz pula berpendapat, pelaksanaan GST ke atas bayaran umrah adalah tidak wajar, dan menggesa kerajaan meneliti semula perkara itu.

“Selagi boleh buat duit, puak-puak ini akan bagi idea kepada kerajaan untuk buat duit dengan lesen itu dan ini,” kata Zamz Amran.

Ismaweb.net dalam laporan eksklusifnya semalam mendedahkan berhubung satu program yang mengaitkannya dengan Lesen Khas Umrah (LKU) dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (Motac).

LKU diperkenalkan oleh Motac kepada agensi pengendali umrah berkuat kuasa 1 Oktober lalu, bertujuan memantau, mengelak dan membendung kes penipuan umrah yang banyak dilaporkan sebelum ini.

Tetapi, sebuah syarikat didakwa mengambil kesempatan dengan memperkenalkan satu lagi program WAJIB kepada agensi pengendali umrah, serentak dengan pelaksanaan LKU.

Program ini mendapat restu Motac, termasuk Menterinya, Datuk Seri Nazri Aziz. Malah jika tidak menyertai program itu, syarikat pengendali umrah tidak akan mendapat LKU.

Setiap agensi pengendali umrah DIPAKSA mendaftar dengan syarikat pengendali IMAMS dan dikenakan caj tambahan RM90.10 bagi setiap jemaah, termasuk RM5.10 bagi GST.

 

(EKSKLUSIF) Sistem IMAMS: GST untuk tunai perintah Allah

(EKSKLUSIF) Sistem IMAMS: RM90.10 mesti dibayar secara prepaid, membebankan jemaah

Kata Pedang: Pelik kalau nak buat umrah pun kena GST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *