Muzium Cheng Ho di Melaka ubah sejarah

HARI ini kami bersempatan melawat Muzium Cheng Ho dan beberapa lagi buah muzium di Melaka atas tujuan kajian.

Ketika tamat sesi lawatan, kami sempat berbual-bual dengan kurator Muzium. Bertanya tentang asal usul muzium, bagaimana boleh dibangunkan dan sebagainya.

Banyak yang boleh diceritakan, cuma fokus saya hanya satu. Apakah naratif sejarah yang difahami bangsa selain Melayu di Malaysia, khususnya bangsa Cina.

Ketika berceritakan tentang Melaka, beliau dengan bangganya menyatakan bahawa emapayar China Ming yang memajukan Melaka.

Dahulu Melaka tiada apa-apa, orang Melayu bukan orang asal, tetapi orang asli dan pelarian yang datang ke Melaka.

Rombongan Cheng Ho datang ke Melaka dan menunjukkan cara bercucuk tanam, memberi tunjuk ajar teknologi dan sebagainya.

Kami terkedu.

Tetapi kami biarkan sahaja, buat-buat tidak tahu untuk mendengar lagi penerangan beliau.

Inilah naratif yang difahami tentang sejarah di negara kita. Salah satunya hasil dari pengajaran dari silibus mereka di sekolah vernakular.

Melalui naratif ini, mereka menafikan Melayu sebagai sebuah peradaban di nusantara. Mereka menafikan segala sejarah dan pemilikan Melayu ke atas tanah ini.

Bagi mereka, empayar Melayu seperti Champa, Srivijaya, Kedah Tua, Melaka tidak wujud. Mereka menganggap tanah “nanyang” ini milik kerajaan Ming.

Usah berbicara tentang perpaduan, kalau kita sendiri tidak dapat mengangkat sejarah kita yang sebenar.

Kami pulang hiba, sambil melihat makam-makam Hang Jebat, Hang Lekiu, Syamsuddin Al Sumatrani terbiar, dan sejarah kegemilangan empayar Melayu Melaka hanyut dan terus tenggelam.

Siapakah yang kisah akan nasib bangsa ini? Jika sejarahnya yang hilang diabaikan begitu sahaja.

Tiada siapa yang kisah. Dan…

Perjuangan ini masih panjang.

p/s: Peta dalam buku teks China yang menunjukkan, tanah Melayu sebagai wilayah ke 19. Sumber peta Dr Geoff Wade (ANU)

Asyraf Farique
Penganalisis IRIS INSTITUTE

6 thoughts on “Muzium Cheng Ho di Melaka ubah sejarah

  1. zainal abidin bin jamaludin- Museum Director and Museum activist.

    kepada Saudara Nasir Baba. itulah peranan Jabatan Muzium Malaysia, Jabatan Warisan Malaysia mestilah membuat lawatan ke muzium muzium swasta dan menyemak dasar penubuhan muzium muzium swasta di tubuhkan. Adakah untuk mengubah persepsi sejarah negara atau membantu negara untuk memperkasakan sejarah bangsa dan negara. Fakta itu tidak tepat tanpa hujah hujah ilmiah yang konkrit. dan bagaimana pula peranan perzim dalam kontak undang undang penubuhan muzium swasta di Melaka.. Adakah PERZIM memepunyai kuasa mutlak memberi amaran kepada muzium swasta yang cuba memesongkan fakta sejarah boleh di tamatkan lesen atau permit penubuhan muzium tersebut..???

  2. Syed Ahmad Tajudin bin Syed Ibrahim

    Apa dah jadi dengan cerita asal sebenarnya…siapa yang sepatutnya membetulkan kisah sebenar.

  3. Apa bukti China menjajah Tanah Melayu pada zaman kegemilangan Melaka? Mereka bukan menjajah tetapi ada hubungan diplomatik dgn melaka. Mungkin peta itu menunjukkan negara2 yang Mereka ada hubungan diplomatik dengannya. Cuma orang selepas itu yg salah faham peta tersebut. Apapun selamat berjuang menegakkan kebenaran. Tak kan Melayu hilang di dunia. InsyaAllah.

  4. Inilah corak penjajahan masa kini…menerapkan sejarah yang direka dgn menafikan fakta yg sahih…mana perginya cendiakawan kita…mmg takkan melayu hilang di dunia tapi hilang segalanya…menang sorak tanah tergadai.

  5. Chengho alat politik perebutan kuasa Dzu tahun 1400han. Dia dikirim keluar untuk meragakan kehebatan Dzu dengan tujuan mendapat pengiktirafan negara luar supaya dinasti Dzu diterima oleh semua orang China dinegara itu. 159 perwakilan dari negeri yang dia pergi dibawa balik ke China, termasuk dari Kesultanan Melaka, setelah hadiah besar di suapkan sebagai umpan. Dan peta itu adalah tanda tempat dilawati Chengho, bukan tanah jajahan Chengho atau China. Orang China Melaka memang megahkan Chengho dan China srbagai alat perlindungan. Tapi, sial saya, kenapa orang Melayu dan Kerajaan Melaka tak ambil tindakan atas pembohongan dan subversif ini? Jawablah hai gubernor dsn K. Menteri Melaka, lalai atau tak bertanggung jawab?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *