Manila sahkan kematian Mahmud Ahmad

MANILA, 30 Muharram 1439H, Jumaat – Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengesahkan kematian bekas pensyarah Malaysia yang menyertai pengganas Daesh di selatan negara itu, Dr Mahmud Ahmad dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan, kelmarin.

Duterte dipetik oleh lawan web Filipina Daily Inquirer semalam mengesahkan bahawa Mahmud adalah antara militan yang terbunuh dalam operasi sepanjang malam di Marawi.

Mahmud adalah pemimpin tertinggi militan itu yang beroperasi di rantau ini dan bertanggungjawab memperluaskan pengaruh mereka selepas kehilangan ‘kubu’ di Iraq dan Syria.

Dia dipercayai menjadi suspek utama mendalangi kepungan di Marawi, yang berlanjutan selama lima bulan.

Kematian Mahmud dijangka melumpuhkan lagi gerakan militan berkenaan di wilayah itu, selepas dua lagi pemimpin Daesh, Ispilon Hapilon dan Omar Muate turut disahkan terbunuh dalam serangan oleh pihak berkuasa Filipina sejak serangan 23 Mei lalu.

Kematian kedua-dua militan berkenaan disahkan oleh Kementerian Pertahanan Filipina Isnin lepas, namun masih belum mengeluarkan maklumat terperinci berhubung serangan yang mengorbankan mereka.- Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *