Malaysia-China Kuantan Industrial Park: Tanah yang diserahkan kepada orang asing, kata Tun M

BANGI, 1 Safar 1439H, Sabtu – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP) adalah sebahagian daripada tanah kita yang telah diserahkan kepada orang asing.

Bercakap di hadapan pintu masuk MCKIP, bekas perdana menteri itu mendakwa pelaburan asing seperti MCKIP tidak menguntungkan sedikit pun rakyat tempatan kerana kontraktor dan pekerja terbabit dibawa masuk dari China.

Beliau berkata demikian dalam satu video berdurasi 3 minit yang dimuatnaik oleh laman Facebook Kelab Che Det hari ini.

Berikut adalah teks penuh ucapan beliau:

Kita sekarang berdiri di hadapan Malaysia-China Kuantan Industrial Park disusuli dengan perkataan dalam bahasa Cina. Tidak ada sama sekali perkataan dalam bahasa kebangsaan.

Dan industrial park ini amat luas sekali. Mempunyai pagar sepanjang 9 km.

Dalam pagar ini terdapat banyak industri milik negara China dan industri ini mempunyai pekerja hampir semuanya dari negara China

Pembangunan industrial park ini amat cepat sekali, luar biasa.

Dan kita dapati bahawa kawasan ini adalah kawasan istimewa yang mana orang Malaysia tak dibenar masuk, cuma orang mereka yang boleh masuk.

Beberapa orang yang bekerja sebagai penjaga keselamatan terdiri daripada orang Bangladesh dan beberapa orang tempatan.

Ini adalah kawasan istimewa yang terkeluar daripada negara kita, kerana ia nampak ditadbir diurus oleh pelabur-pelabur dari negara lain.

Inilah sebahagian daripada negara kita yang sudah kita serahkan kepada orang asing.

Kalau kita mempunyai lebih banyak industrial park macam ini, bandar-bandar mewah macam ini, maka semakin kuranglah milik tanah oleh kita di Malaysia ini, dan tanah-tanah kita akan dimiliki oleh orang asig.

Inilah keadaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib yang kononnya membawa banyak pelaburan asing ke Malaysia tetapi pelaburan asing ini tidak sedikit pun menguntungkan rakyat Malaysia kerana kontraktornya bukan dari Malaysia, pekerjanya bukan dari Malaysia, bahkan kawasannya juga adalah istimewa kepada orang bukan dari Malaysia.

Syabas Datuk Seri Najib.

[VIDEO] Tun M singgah tepi jalan masa dalam perjalanan dari Kemaman ke Kuantan dalam perjalanan pulang baru baru ini dan lihat sendiri Malaysia China Kuantan Industrial Park.

Dikirim oleh Kelab Che Det pada 20 Oktober 2017

One thought on “Malaysia-China Kuantan Industrial Park: Tanah yang diserahkan kepada orang asing, kata Tun M

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *