KKM hantar 60 petugas bantu Rohingya di Bangladesh

BANGI, 28 Muharram 1439H, Rabu – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menghantar 60 kakitangannya ke hospital yang dibina Malaysia di kem pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, Bangladesh.

Hospital medan dengan kos RM3.5 juta itu akan menempatkan etnik Rohingya dengan penempatan 5o0 katil pesakit.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, kakitangan yang dihantar akan bertugas di sana secara bergilir-gilir.

“Tengoklah berapa lama mereka diperlukan. Kalau diperlukan lama, mungkin kita boleh hantar secara giliran,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, pihaknya telah membuat segala persiapan untuk pergi ke sana.

Katanya, pembinaan hospital adalah dengan kerjasama beberapa pihak daripada agensi lain, termasuk angkatan tentera, majlis keselamatan negara

Hospital itu akan dibina dalam tempoh sebulan sebaik mendapat kelulusan kerajaan Bangladesh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *