Harga petrol, diesel naik 1 sen

BANGI, 28 Muharram 1439H, Rabu – Harga runcit minyak mingguan masing-masing naik 1 sen bermula tengah malam ini.

Berdasarkan harga baharu yang diumumkan sebentar tadi, harga RON95 akan dijual RM2.17 seliter daripada RM2.16 minggu lalu.

Manakala harga RON97 naik kepada RM2.47 seliter daripada RM2.46 seliter.

Untuk harga diesel pula naik kepada RM2.11 seliter berbanding RM2.10 pada minggu lalu.

Harga terbaru ini berkuat kuasa mulai tengah malam ini selama seminggu sehingga 25 Oktober depan.

Mulai April tahun ini, penetapan harga petrol dan diesel secara mingguan akan diumumkan setiap hari Rabu dan harga tersebut berkuat kuasa selepas 12 tengah malam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *