FBN 2017: Anggun Peribadi Inspirasi Beliawanis

Khairunnisa Mazlan, Ketua Beliawanis Pembina ketika berucap pada Festival Beliawanis Nasional 2017 di Shah Alam, hari ini.

Oleh Che Siti Rekembang Hasbi

SHAH ALAM, 1 Safar 1439H, Sabtu – Festival Beliawanis Nasional (FBN) kembali lagi pada tahun ini dengan membawa tema yang lebih segar iaitu ‘Anggun Peribadi Inspirasi Beliawanis’, memberi jalan penyelesaian kepada permasalahan belia masa kini terutamanya golongan wanita.

Dengan erti kata lainnya, menelusuri perjalanan seorang jelitawan dalam mencari erti keanggunan dan kesihatan yang sebenar dari sudut pandangan Islam.

FBN 2017 yang telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Kompleks Raja Muda Musa, Shah Alam merupakan satu program besar dwitahunan dianjurkan oleh Beliawanis PEMBINA yang menghimpunkan mahasiswi-mahasiswi dari seluruh pelusuk Malaysia untuk menjalankan aktiviti-aktiviti bermanfaat sepanjang hari ini.

Festival ini telah dirasmikan oleh Ketua Beliawanis PEMBINA, Khairunnisa Mazlan sebentar tadi.

Selari dengan objektif yang digariskan, pelbagai aktiviti yang menarik telah disediakan khas kepada para peserta Beliawanis seluruh Malaysia yang datang antaranya senamrobik, memanah, pameran kesihatan, teater Ibu Partiwi 2.0, bicara dan gema beliawanis serta gerai jualan.

Festival kali ini berjaya menghimpunkan lebih 400 orang mahasiswi dari Universiti awam dan swasta di Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *