a
Terkini
15/12/2017, 8:48 am

Dua anggota trafik maut motosikal dirempuh

Gambar Utusan

KEMAMAN, 22 Muharram 1439H, Khamis – Dua anggota polis trafik maut selepas motosikal yang ditunggang mereka dirempuh sebuah lori dalam nahas di Kilometer 139 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Bukit Kuang, dekat sini petang tadi.

Dalam kejadian kra-kira jam 2.55 petang itu, Sarjan Mejar Abdul Hakim Samingan, 54, dan Koperal Suresh a/l Itchang, 36, yang bertugas di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Dungun meninggal dunia di tempat kejadian, lapor Utusan.

Ketika kejadian kedua-dua mangsa menyertai Konvoi Latihan Dalam Perkhidmatan dengan menunggang jarak jauh dari Mersing, Johor ke Kuala Terengganu.

Apabila sampai di Kilometer 139, sebuah lori secara tiba-tiba telah memasuki laluan konvoi dan merempuh dua motosikal jenis Honda CBX 750 yang ditunggang mereka.

Share With:
Rate This Article
Author

admin@ismaweb.net

No Comments

Leave A Comment