Tujuh mayat pelarian Rohingya terdampar di pantai Bangladesh

Gambar hiasan

BANGLADESH, 22 Zulhijjah 1438H, Rabu – Tujuh mayat pelarian Rohingya ditemui terdampar di pantai Bangladesh, awal pagi tadi.

Pengawal Sempadan Bangladesh, Leftenan Kolonel SM Ariful Islam berkata, pihaknya menemui tujuh mayat termasuk seorang kanak-kanak.

Katanya, penemuan itu mungkin ada kaitan dengan bot pelarian Rohingya yang terbalik semalam berdekatan kampung sempadan Shah Porir Dwip di muara Sungai Naf, yang memisahkan Myanmar dan Bangladesh.

Setakat ini, 99 orang dilaporkan meninggal dunia akibat meretasi perairan berbahaya menggunakan bot-bot yang diperbuat daripada bahan-bahan rapuh.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cox’s Bazardi sempadan Myanmar, Humayun Rashid berkata, rata-rata 99 orang yang meninggal itu adalah kanak-kanak di bawah umur.

“Majoriti mangsa adalah kanak-kanak. Banyak kesan peluru didapati di badan mayat,” katanya. -Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *