Taufan Talim dijangka badai China Jumaat

FUJIAN, 22 Zulhijjah 1438H, Rabu – Taufan Talim dengan angin selaju 200 kilometer sejam dijangka membadai China Jumaat, menjadikannya taufan ke-18 melanda negara itu tahun ini.

Jabatan meteorologi Fujian meramalkan, Taufan Talim akan bergerak ke arah barat laut dan membadai Zhejiang mulai Khamis malam hingga Jumaat pagi, atau bergerak ke utara perairan berhampiran wilayah itu pada Jumaat dan kemudian ke arah timur laut.

Susulan itu, lebih 200,000 penduduk di Wilayah Fujian dan Zhejiang dipindahkan hari ini, berikutan Taufan Talim dijangka bergerak pantas ke arah pantai tenggara China.

Selain itu, 20,000 kapal menangkap ikan berlindung di Fujian dan 2,000 tempat aktiviti riadah serta tapak pembinaan telah ditutup.

Manakala di Zhejiang, hampir 9,000 orang dipindahkan dan lebih 4,700 kapal nelayan berlabuh di pelabuhan untuk tujuan keselamatan. -Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *