SPRM tahan empat individu seleweng dana kerajaan RM40 juta

BANGI, 22 Zulhijjah 1438H, Rabu – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat individu disyaki menyeleweng dana kerajaan bernilai hampir RM40 juta yang sepatutnya disalurkan kepada sebuah perbadanan kemahiran bagi tujuan program latihan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika mengesahkan penahanan itu sambil berkata, pihaknya sedang mendapatkan dokumen-dokumen membabitkan penyelewengan.

Kesemua suspek ditahan di beberapa lokasi di ibu negara petang tadi dalam satu operasi khas yang dilancar agensi itu.

Siasatan awal SPRM mendapati salah seorang suspek berusia 58 tahun disyaki menyeleweng sebanyak RM15 juta pada tahun lepas, manakala RM25 juta lagi pada tahun ini.

Difahamkan, kerajaan memperuntukkan RM40 juta kepada perbadanan itu tahun ini bagi mengendalikan program-program latihan dan pada tahun lepas, sejumlah RM35 juta turut diperuntukkan.

Dana itu diberi kerajaan untuk mengendalikan program-program latihan kemahiran khusus kepada mereka yang tidak mempunyai pekerjaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *