Polis tangkap individu hina kemangkatan Sultan Kedah

KUALA LUMPUR, 22 Zulhijjah 1438H, Rabu – Polis menangkap seorang lelaki yang disyaki memuat naik komen berunsur penghinaan terhadap Almarhum Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Suspek lelaki berusia 21 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Genting Highlands pada jam 12.27 tengah malam tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya menjalankan siasatan selepas menerima laporan mengenai komen berbentuk penghinaan terhadap kemangkatan Almarhum Sultan Abdul Halim.

“Hasil siasatan, suspek ditahan oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman dan Balai Polis Genting serta direman dua hari bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Turut dirampas seunit telefon bimbit jenama Apple model iPhone 7 Plus dan seunit komputer riba MSI Gaming G Series.

Acryl Sani berkata, polis turut mengesan seorang lagi individu yang turut memuat naik komen berunsur penghinaan terhadap kemangkatan Almarhum Sultan Kedah.

Katanya, kedua-dua kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

BERITA BERKAITAN:

Laporan polis dibuat terhadap lelaki hina kemangkatan Sultan Kedah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *