Lagi gempa bumi landa Mexico

MEXICO CITY, 3 Muharram 1439H, Ahad – Kurang seminggu kejadian gempa bumi kuat melanda negara itu, semalam satu lagi gegaran sekuat 6.2 skala Richter berlaku di tenggara bandar Matias Romero di Oaxaca.

Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran itu berlaku sekitar jam 7 petang semalam, yang masih belum mengesahkan sama ada terdapat korban nyawa atau tidak.

Bagaimanapun, pejabat setiausaha keselamatan negara itu memaklumkan bahawa Mexico City tidak terjejas teruk daripada dua gempa bumi yang berlaku itu.

Siren amaran berbunyi di bandar itu selepas gempa dikesan, sekali gus menganggu operasi menyelamat di beberapa bangunan yang runtuh akibat gegaran pada Selasa lalu.

Sebelum ini, gempa bumi berukuran 7.1 skala Richter telah menyebabkan lebih 50 bangunan musnah dan 300 penduduk tempatan maut.- Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *