Kata Pedang: Pesta arak dan hipokrasi kafir terhadap Islam

ADALAH jelas Rang Undang-Undang Persendirian berkenaan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Akta 355), tidak menyasarkan orang bukan Islam, tetapi umat Islam.”

Inilah ayat yang Pedang kembalikan kepada pemimpin-pemimpin parti rasis dan cauvinis serta ultra kiasu dalam DAP, PKR serta parti anti-Islam MCA, setelah mereka menentang keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan untuk mengadakan pesta arak.

Ayat yang Pedang beri itu bertepatanlah dengan apa yang dikatakan oleh pemimpin ultra kiasu itu yang mengeluarkan kenyataan antara lain menyebut:

“Selama ini, aktiviti tersebut (pesta arak) dijalankan tanpa mengganggu sesiapa pun atau menyebabkan masalah. Adalah jelas sasaran festival itu bukanlah orang Melayu, tetapi peniaga dan pelawat bukan Islam, serta pelancong asing.”

Lalu, terserlahlah sekarang ini betapa hipokritnya pemimpin-pemimpin ekstrem, rasis dan cauvinis dalam kalangan mereka yang bergelar Ahli Parlimen. Mereka langsung tidak ada hormat lagi kepada majoriti umat Islam di negara ini.

Sedarlah wahai umat Islam! Lihatlah betapa pemimpin-pemimpin kafir ini bersandiwara dan mahu memperbodoh-bodohkan manusia lain, khususnya bangsa Melayu beragama Islam.

Ingatlah peringatan Allah SWT:

Jangan sekali-kali engkau (wahai Muhammad) terpedaya oleh usaha gerakan orang-orang yang kafir di dalam negeri (yang membawa keuntungan-keuntungan kepada mereka).” (Ayat 196 surah Ali Imran)

Mereka berhujah bahawa pesta arak itu bukan untuk umat Islam. Mereka mahu kita sebagai umat Islam menerima hujah itu dan duduk diam-diam. Mereka mahu menghancurkan bumi Melayu Islam ini dan menyuruh kita tidak campur tangan.

Tetapi, apabila kita berhujah bahawa RUU355 TIDAK membabitkan orang kafir, mereka enggan menerimanya. Mereka, bukan sahaja pemimpin parti politik, tetapi juga pertubuhan bukan kerajaan dianggotai orang kafir, menentang keras pindaan akta itu, sedangkan pindaan itu tidak langsung membabitkan mereka.

Pedang tidak tahu apa jenis kafir mereka ini. Kalau Pedang kata mereka ini kafir dot dot dot atau dot dot dot, polis akan cari Pedang. Mufti pun sudah kena tempias akibat perkataan kafir ini. Tapi, Pedang berani nyatakan orang kafir dilaknat oleh Allah, sebagaimana firmanNya dalam ayat 64 surah Al-Ahzab yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah telah melaknat orang-orang kafir dan menyediakan bagi mereka api neraka yang marak menjulang – “.

RUU 355 pertama kali dibentangkan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat pada Mei 2016 yang bertujuan memperkasakan Mahkamah Syariah, yang ketika ini dibataskan kuasa hukuman kepada kadar maksimum penjara 3 tahun, denda RM5,000, 6 kali sebatan syarie.

Ia antara lain bagi meminda Seksyen 2 untuk menggantikan peruntukan dalam undang-undang sedia ada iaitu Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas penganut agama Islam dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam butiran 1 Senarai Negeri, di bawah jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan.

Kali terakhir dipinda pada tahun 1984 (33 tahun lalu) peningkatan daripada penjara enam bulan dan denda RM1,000.

Antara lain, cadangan pindaan itu membabitkan usaha mengenakan hukuman lebih berat bagi kesalahan yang dilakukan orang Islam sahaja dan langsung tidak memberi kesan kepada orang kafir.

Mereka kata RUU355 akan mengislamkan Malaysia. Pedang kata The Better Beer Festival 2017 akan ‘memabukkan’ Malaysia.

Sebelum ini, penganjur ‘The Better Beer Festival 2017’ merancang mengadakan pesta arak itu pada 6 dan 7 Oktober di Damansara, Kuala Lumpur, dan menyerahkan permohonan kepada DBKL pada 29 Ogos lalu.

Setelah menelitinya, ternyata DBKL menyedari bahawa penganjuran pesta arak itu tidak boleh dibenarkan dan menolaknya sebagaimana dilaporkan media massa semalam.

Tetapi, empat Ahli Parlimen parti rasis dan cauvinis DAP dan seorang daripada PKR, manakala, pemimpin parti anti-Islam MCA pula membuat kenyataan berasingan, menentang keputusan DBKL itu.

Mereka tetap mahu supaya pesta arak kali ketiga ini diadakan juga di Malaysia yang kononnya menjadi ‘negara Islam contoh’.

Mereka menjadikan ‘sasaran festival itu bukanlah orang Melayu’ sebagai alasan. Melayu adalah Islam. Ini bermakna sasaran pesta itu bukan orang Islam. Mereka juga kata aktiviti itu tidak menganggu sesiapa.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan lima Ahli Parlimen daripada DAP dan PKR – Tan Kok Wai; Teresa Kok; Fong Kui Lun; Lim Lip Eng; dan Tan Kee Kwong – semalam, mereka mahu pesta arak itu diadakan dan menggesa DBKL menarik balik keputusan itu.

Kok Wai adalah Ahli Parlimen Cheras daripada DAP; Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputih – DAP); Kui Lun (Ahli Parlimen Bukit Bintang – DAP); Lip Eng (Ahli Parlimen Segambut – DAP); dan Kee Kwong (Ahli Parlimen Wangsa Maju – PKR).

Sementara, Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Ti Lian Ker, turut sama mengeluarkan kenyataan mengatakan DBKL tidak sepatutnya menolak permohonan sewenang-wenangnya dan mengancam untuk mengambil tindakan terhadap pihak penganjur tanpa memberi alasan sewajarnya.

Tapi, Pedang percaya penolakan permohonan itu adalah kerana kesedaran pegawai-pegawai atasan DBKL yang mengutamakan agama Islam, bukan kerana mereka dipengaruhi fikiran ekstrem, sebagaimana dituduh oleh TI Lian Ker.

Pedang tabik dan puji DBKL kerana membuat keputusan itu. Islam lebih penting daripada kedudukan dan jawatan.

Kata Pedang: Kita tunggu sama ada Tengku Adnan dan Nazri Aziz akan arah DBKL luluskan permohonan pesta arak itu., atau tidak. Pedang pun kenal sangat kedua-duanya.

Penafian: Kata Pedang adalah segmen lidah pengarang Ismaweb.net. Pandangan yang diberikan dalam ruang Kata Pedang tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana.

Pesta arak: Isma sokong keputusan DBKL tolak permohonan penganjur

Better Beer Festival 2017 – Pesta arak ala-Oktoberfest kembali lagi!

3 thoughts on “Kata Pedang: Pesta arak dan hipokrasi kafir terhadap Islam

  1. Nazri dan Tengku aduan. . Tolong jangan tunduk dgn puak pelampau ini. . Jangan munafik.. Jangan lemah walaupun.. en hadapan dgn golongan pemberi dedak ini.. ingat anda ada hari akhirat Yg pasti tiada satu zarah pun Yg terlepas dari keadilan Allah

  2. Pedang,

    Ruj: Inilah ayat yang Pedang kembalikan………..

    Adakah logik Pedang membandingkan festival arak dengan RUU355? Adakah kedua-duanya “apple to apple comparison”?

    Festival arak hanyalah setahun sekali, membabitkan beberapa ribu pengunjung dan diadakan di satu lokasi kecil sahaja. RUU355 jika diluluskan akan berkekalan sebagai undang-undang dan dikuatkuasakan di Kelantan dan seterusnya diikuti oleh negeri-negeri lain. Ia berpotensi membabitkan jutaan rakyat Malaysia yang beragama Islam. Adakah ini “apple to apple comparison”

    Walaupun festival arak hanya menyasarkan orang bukan Islam, tidak dinafikan orang Islam mungkin terlibat. Contohnya, menyertai festival tersebut atau terkena tempias pengunjung (contohnya, dianggar oleh pemandu mabuk).

    Bagaimana pula dengan RUU355? Adakah ia 100% langsung tidak membabitkan orang bukan Islam? Bayangkan orang Islam meragut/membunuh/dirogol orang bukan Islam. Jenayah ini ditetapkan di bawah RUU355 dan dibicarakan di mahkamah syariah. Mangsa yang merupakan orang bukan Islam tidak boleh menjadi saksi di mahkamah syariah. Adakah ini keadilan di mana mangsa sendiri tidak boleh menjadi saksi untuk memberi keterangan dan akhirnya tertuduh (orang Islam) berjaya melepaskan diri kerana kekurangan bukti?

    Hipokrasi Pedang juga jelas kelihatan di sini. Pedang seronok bila DBKL tidak memberi lesen untuk festival arak. Seperti dikatakan di atas, festival arak hanyalah setahun sekali, membabitkan beberapa ribu pengunjung dan diadakan di satu lokasi kecil sahaja. Mengapa Pedang tidak bantah kehadiran 2 buah kilang arak Carlsberg dan Heinekan di Selangor. Kilang arak beroperasi sepanjang tahun, menghasil dan menjual arak setiap hari di seluruh negara. Bukankah kilang arak ini lebih membawa kemudaratan berbanding dengan festival arak?

  3. ALLAHUAKBAR !!! Tahniah !DBKL, janganlah takut dan gusar ( khususnya Staf yg. beragama Islam ) dengana apa jua ugutan dari kafir yang KURANG AJAR dan BIADAP tersebut, sesungguhnya ALLAH bersama kalian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *