Himpunan Politik Toksik: Kepada siapa kita pinjamkan kredibiliti kita?

TIGA tahun dulu, ketika saya masih memegang jawatan Ketua Penerangan Wanita ISMA, saya telah menulis :

“For IKRAM or Ustaz Mujahid to lend their credentials as Islamic NGO and political leader respectively, this is truly a setback for the move against secularising of the nation and towards shaping for a better Islamic State. It’s perhaps the beginning of creating soft spots in the young Muslims’ hearts and minds on contentious issue like LGBT, a secular Malaysia and embracing pluralism. How could they not, when they see you’re walking hand in hand towards a cause so vague as far as Islam is concern with the figures who are championing values outside the tenets of religion? “

http://www.ismaweb.net/…/negara-ku-and-racism-which-versio…/

Hari ini ketika melihat perhimpunan Politik Toksik, saya melihat ‘soft spot’ itu sudah ada, sudah berkembang apabila melihat perkumpulan wanita NGO dakwah sudah tidak segan silu berjalan beriringan dengan mereka yang memperjuangkan hak LGBT, hak sama rata dalam perkahwinan seperti yang diperjuangkan COMANGO dan CEDAW, hak makan di khalayak pada bulan Ramadhan dan mereka yang terus-terusan menanam konsep yang salah mengenai aurat bagi wanita Islam, yang tanpa segan silu mempertikaikan hadis Rasulullah SAW mengenai kewajipan menutup aurat.

Jika ada yang beralasan bahawa Equality of Marriage yang diperjuangkan oleh COMANGO adalah selari dengan Islam, saya sudah mengkaji dokumen COMANGO tahun 2013, dan mendengar perbahasan mereka di Wisma Putra dua bulan lepas. Prinsip mereka masih sama, memperjuangkan kesaksamaan perkahwinan yang diluar daripada konteks Islam.

Suara-suara, perkumpulan wanita yang sepatutnya lantang menegur pihak/tokoh yang menghina ajaran agama Islam, semakin sedikit.

Anak-anak muda kita, semakin merasakan tidak ‘cool’, ‘not progressive enough’ berbincang mengenai pengharaman LGBT dalam Islam, mengenai syariat tudung dan kehormatan wanita seperti yang digariskan Islam.

Ada juga yang takut-takut untuk kongsi sebarang ‘newslink’ berkenaan LGBT, takut dilabel sebagai homofobia di kalangan sahabat-sahabat, walhal di situ terbuka ruang untuk dakwah dan membetulkan salah tanggapan.

Anehnya, ketika isu-isu di atas dianggap remeh berbanding isu politik, dunia antarabangsa berfikir sebaliknya. Awal tahun ini kita menyaksikan usaha besar-besaran membawa naratif LGBT ke arus perdana.

Dua majalah yang dikira tersohor, The Times dan National Geography menjadikan isu LGBT sebagai muka depan mereka, menandakan ‘dunia’ bersedia.

Saluran kartun The Disney Channel menyiarkan aksi bercium sesama jantina. Gergasi filem Walt Disney pula menerbitkan filem Beauty and The Beast yang memasukkan unsur homoseksualiti. Pemimpin-pemimpin negara Barat mengumumkan hubungan homoseksual mereka secara terbuka, berita masjid dan imam LGBT menjadi bahan santapan seantero dunia.

Dan kita, meminjamkan kredibiliti kita, kepada pejuang-pejuang ini, di tanah air….

Adakah pertimbangan politik kita, mengatasi kewajipan kita menegur secara efektif mereka yang terang-terangan menolak syariat Islam, dan mengelak daripada meminjamkan kekuatan kita kepada perjuangan mereka?

Prof Dr Rafidah Hanim Mokhtar
International Women’s Alliance for Family Institution and Quality Education (WAFIQ)

Penafian: Artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Isma, sebuah pertubuhan Islam sederhana atau Ismaweb.net

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *