Harga minyak naik lagi, tidak turun sejak 6 Julai

BANGI, 22 Zulhijjah 1438H, Rabu – Harga runcit minyak petrol dan diesel naik lagi berkuat kuasa tengah malam ini sehingga 20 September depan.

Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 naik 1 sen daripada RM2.20 seliter kepada RM2.21 seliter.

Manakala petrol RON97 pula naik empat sen daripada RM2.48 seliter dan RM2.52 seliter.

Untuk harga runcit bagi diesel naik 9 sen daripada RM2.05 seliter kepada RM2.14 seliter.

Kali terakhir harga minyak mengalami penurunan adalah pada 29 Jun hingga 5 Julai dengan kadar penurunan sebanyak 7 sen.

Mulai April tahun ini, penetapan harga petrol dan diesel secara mingguan akan diumumkan setiap hari Rabu dan harga tersebut berkuat kuasa selepas 12 tengah malam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *